Quantcast
Channel: hijau itu duniaku
Viewing all 397 articles
Browse latest View live

Tujuan anda pakai contact lens ?

$
0
0

 http://3.bp.blogspot.com/-NWVkgfwnKpE/T6oNfxuZECI/AAAAAAAAAeo/rPVWmt8W-40/s320/13.jpg
Maaf Nur Huda Rasidi sebab tak mintak izin copy paste gambar ni, Hana ambik dari google.

Haip.. tak mau yang warna-warna ye. Yang suka-suka nak pakai pun tak mau tau. Nak berkaler lah..  Untuk apa pakai contact lens berwarna?  untuk hiasan?  kepuasan? boleh tapi di rumah. Yang tak bolehnya bila si pemakai menjadikan contact lens sebagai perhiasan dan memperlihatkan kecantikan di khalayak sekaligus melanggar hukum syara seperti megubah ciptaan Allah, menyerupai perbuatan orang kafir, mendatang ghairah/menarik perhatian lelaki (kecuali suami) dan sebagainya.

Yang bercermin mata ni pun kalau boleh tak nak pakai cermin mata. Tapi  orang yang tiada masalah pulak teringin nak pakai cermin mata yang tiada power. Stail, comel, hensem katanya.( Erk, lelaki pakai spek nampak hensem ) Ada reben, bingkai tebal warni-warni segala bagai. Erm... rasanya itu pun perhiasan untuk mendapatkan perhatian kan. Haa haa kena tanya pada yang pakar ni....

Kalau macam Hana ni. pakai contact lens untuk aktiviti sukan. Itu pun selepas buat research. Kanak-kanak rebena macam Hana ni suka lari sana sini, kejar anak murid, anak murid kejar Hana, Kalau pakai cermin mata masa aktiviti, Bahaya oo.. kawan Hana terjatuh kemudian cermin mata dia retak, nasib serpihan cermin tak masuk dalam mata dia.

Yang pastinya, Hana ada spare contact lens untuk di pakai masa aktiviti sukan. Kalau nak pergi jalan-jalan masa cuaca panas dan rimas dengan cermin mata, Hana free eye je (suka hati je bagi istilah free eye).Tapi selalunya Hana bercermin mata :)

Sekarang teknologi canggih. simpan duit buat Rawatan Lasik. Kalau pakai ICL pun boleh. Yang penting bertujuan untuk perubatan. Jangan memandai nak ubah mata jadi warna oren, kuning, biru pula.

P/s : Hana cuma menyampaikan apa yang hana tahu


WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT

$
0
0

Daku Amat Menyintai Mu

WEEEHU! Hana dah join. Anda bila lagi?

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMATdan LIKE fanpage Facebook
      - Putera Gahara Gagah Perkasa
      - Daku Amat Menyintai Mu
Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT 
Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang
Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang.
Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN (Tengok blog penganjur ye)
Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).
Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.

HADIAH-HADIAHNYA

Daku Amat Menyintai Mu

SEJARAH UNTUK SIAPKAN ENTRI GIVEAWAY

Pada mulanya, Hana tak tau nak buat button like pada syarat pertama tu.. Nak kena print skrin ka gambar dan button like tu? buat je lah kan.. Untuk syarat pertama Hana habiskan masa 2 jam lebih untuk print skrin, delete, undo, edit gambar nak letak sebelah menyebelah macam entri penganjur contest ni. Keserabutan di situ. Lepas Hana siapkan syarat pertama baru hana terfikir nak cari tutorial Letak Button Like Dalam Entri Blog

Ceaah.. ada rupanya tutorial ni. Kalau Hana tahu pasal ni, tak payah la nak print skrin segala bagai. Hahaha Hana gelak kat diri sendiri. Rugi Hana tak print skrin buttton like yang Hana buat manual tu. Hahaha. Hana ambik keputusan untuk siapkan entri contest ni keesokan harinya dengan menggunakan tutorial Letak Button Like Dalam Entri. hahaha

Hari ni (hari ni 18/3/13), Hana lengkapkan entri giveaway ni. Tak kira, Hana nak publish hari ni gak tapi jam menunjukkan pukul 1.15 pagi 19/3/13. Arrgghh nak tahu kenapa tak sempat nak publish? sebab..... Hana tak pandai nak buat gambar dan nama page macam entri penganjur tu. Dah cuba berapa kali dah tapi gambar page Daku Amat ada kat bawah. Huh, tak cantik, Setelah bebarapa jam ambik masa nak setting cantik-cantik akhirnya Hana ambik keputusan tak nak letak gambar, letak nama ja. hehehe Hana rasa gambar, nama page dan button like tu satu set la. Tapi tiada tutorial pun. Heran.. kena tanya penganjur giveaway +Ayie Abas 

Last sekali Hana nak tag +Sheila Salim , +Cik Pena , +Mimie Najib+Diari Si Froggie dan +Nurzakiah Hanum. Warganegara Malaysia kan. Agak-agak diorang ni dah kena tag ke belum. hehe


Kepentingan Bermain

$
0
0


http://mamahakim.files.wordpress.com/2010/06/sos_kopshti.jpgMain mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)


Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
Meluahkan idea, perasaan dan emosi
Tenang dan beriadah
Menggunakan tenaga yang berlebihan
Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
Membudayakan proses pembelajaran
Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni


Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:
Menggerakkan psikomotor
Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal 
Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan 


Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:
Belajar berinteraksi secara positif
Belajar menghormati hak orang lain
Menghargai alam sekitar
Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:
Mendengar
Berbahasa
Membaca
Berbincang
Berlakon


Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :
Belajar konsep
Meningkatkan keupayaan kognitif
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
Membantu dalam menyelesaikan masalah
Membina kemahiran sosial
Memahami dunia sekeliling
Mempelajari bahasa
Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
Membina kemahiran kendiri yang positif
Memupuk sikap tanggungjawab
Mempelajari peranan orang dewasa


Keputusan SPM 2012

$
0
0


Seperti kenyataan yang di buat oleh KPM, 21 Mac 2013 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SPM 2012 termasuklah Hana adik Hana, Syifa.

Bagi pelajar yang tidak berkesempatan nak ambik slip keputusan SPM 2012 di sekolah, bolehlah semak keputusan melalui SMS.

Halakan cursor ke gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Nak tahu Syifa dapat berapa? hahahahaha
Tunggu entri akan datang ok :)

P/s : Hana tak biasa panggil Syifa ni adik sebab mak abah, abang, jiran panggil Hana, adik.


Siapa pernah tengok sitkom ni?

$
0
0

F.R.I.E.N.D.S 


Zaman sekolah rendah  era 90-an. Siapa pernah tengok?



F.R.I.E.N.D.S ni sebaris dengan cerita-cerita popular seperti Charmed dan Sabrina the Teenage Witch. Hana sebut 2 cerita omputeh tu ja sebab cerita tu yang hana suka tengok :)

Adik Hana yang berumur 18 tahun pun tak tahu menahu pasal cerita ni. Tengok.. betapa lamanya cerita ni.. Dengar lagu I'll Be There For You iaitu lagu tema sitkom ni terus mengadap televisyen. Mau tak rabun . kecik-kecik mengadap televisyen, semua cerita Hana tengok. Tapi itu dulu...

Sekarang Hanalah paling ketinggalan dalam cerita-cerita terbaru kat televisyen. Setia Hujung Nyawa, Abu Dhabi apa tah, Cinta Qaseh, Vanila Coklat (baru hana tu cerita tu ulangan) dan lain-lain lagi. Semua tu cerita popular kat televisyen tapi tak terlintas pun nak tengok. Ini semuanya.. poyoo gara-gara terlebih excited menonton televisyen masa kecik-kecik dulu sampai tiada excited sudah nak menonton televisyen bila dah besar.

P/s  : Tahniah kepada Syifa kerana memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM Hana harap dia dapat mengejar cita-citanya dalam bidang perubatan. Tapi Hana nak dia dapat TESL. Biar adik beradik jadi pendidik :)


Silence day of Wednesday #7

Kewujudan Bunyi Tikus

$
0
0


Selepas berumur 20 tahun (sekarang 24 tahun), ini kali pertama Hana pergi pasar malam (kecuali pasar malam di waktu petang). Hana paling tak suka pergi pasal malam sebab ramai orang, berhimpit, asap di awang-awanganlepas tu mulalah Hana rimas dan berjalan dengan cepat. 

Nak dijadikan cerita,  tengah Hana berjalan cepat macam The Flash (berjalan ke berlari)


Hana sempat tangkap bunyi tikus. Tak kisah la bunyi tikus tu untuk sesiapa pun. janji Hana tak suka.

Hana dengan slambernya terus menuju ke arah sekumpulan pemuda tersebut, lalu menumbuk mereka tanpa belas kasihan. Kemudian mencapai getah dan mengikat mulut mereka. Puas hati Hana. Tapi semua perkara tersebut berada di fikiran Hana. Hana hanya mampu bersabar dan terus bersabar. 

Fahamkan bunyi tikus tu bunyi apa? Bunyi tikus tu bunyi sekumpulan tikuspemuda melepakyang memuncungkan mulut kemudian menghasilkan bunyi ala-ala tikus apabila ternampakgadis yang lalu lalang. 3 4 tahun juga Hana tak dengar bunyi tikus ni.Ingat kazaman purbaHana sekolah menengah ja ada bunyi-bunyi tikus rupa-rupanya zaman moden Ipad, DSLR pun wujud lagi bunyi tikus. 

Akhir kata, sama-samalah kita menghapuskan bunyi-bunyi tikus yang berada kawasan sekitar anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


Apo bendo WeChat nih

$
0
0


Abang Hana beli handset baru kat adik Hana sebab result SPM dia ok. Hana pun suka-suka hati nak install WeChat kat handset dia. Biasalah handset baru, segala benda Hana nak tekan. Padahal Hana sendiri pun blur pasal WeChat ni.
http://malayandroid.com/wp-content/uploads/2012/12/WeChat_Logo.jpg
Main apa la sampai shake-shake handset tu? Hana biarkan je..Suatu hari dia tanya Hana maksud perkataan. Hana pun tengok la ejaan perkataan tu dalam handset dia. Ceah... rupanya yang selalu shake-shake tu untuk dapatkan kenalan. Sekali kenalan dari Amerika, Jepun, Indonesia.. Itu rupanya permainan dia. hahaha

Ish, gelak sorang-sorang. Main apa pula tu?WeChat.. WeChat pun boleh gelak ke? WeChat ni lebih kurang macam SMS je kan cuma WeChat ni free. SMS tak pula gelak macam ni. Itu Hana tak tau, yang hana tau 4 jam dia ber'WeChat'. Nasib la dah habis belajar. Kalau time belajar duk WeChat je, parah juga...

Cuba buat webcam? Hana memandai-mandai explore webcam WeChat dia. Yeaaah boleh, Huh riuh setaman perumahan Hana. Memang seronok betol dia dapat tengok kawan dia. Padahal esok tu nak jumpa.Takpa-takpa ambil mood nak jumpa esok. hehe

Ok sekurang-kurangnya Hana tahu pasal WeChat walaupun Hana tak ada WeChat :) Hana nak ada WeChat? Handset Hana kadang-kadang entah ke mana. Facebook pun entah hidup ke tak, Twitter? haruslah tak ada. Itu pun berangan nak ada WeChat. Kalau ada pun mesti sekadar hiasan je macam Fb Hana.  Habis tu apa yang Hana ada? Hana ada BLOG HIJAU ni.hehe

  • Kekurangan WeChat
Yang tengah study lagi-lagi SPM, pandai-pandailah kawal perasaan untuk berWeChat, Tapi perasaan remaja suka memberontak, akhirnya tak terkawal juga. Apa yang Hana perasaan, orang ambik masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam untuk ber'WeChat'. 3 jam tu dah boleh hafal 1 tajuk dah. Banyak lagi kekurangan ber'WeChat' sebenarnya cuma kita tak nampak. Hana malas nak sebut. diam-diam sudah :)

  • Kelebihan WeChat
Haruslah mengeratkan silaturahim. Itu yang utama. Benda free haruslah guna dengan sebaik-baiknya kan.. Seronok ber'Wechat' ni, macam-macam ada. Tukar suara, icon comel-comel. Erk, banyak lagi tapi itu je yang Hana tahu buat masa ni. hehe

P/s : Isilah masa diantara Maghrib dengan Isyak dengan berselawat dan membaca Al-Quran bukan dengan berFb atau WeChat



Rabun tanpa cermin mata

$
0
0

Anak murid kesayangan cikgu
Tulisan kat papan hitam jadi kurang jelas (Kedudukan Meja hana di belakang) Terpaksa lah Hana angkat kerusi dan duduk kat meja kawan yang di depan. Tiba-tiba cikgu kata 'duduklah kat meja cikgu tu'. Bukan setakat meja je. sekali dengan kerusi cikgu Hana duduk. Pergh... Cuba bayangkan masa sekolah rendah  (zaman dulu) cikgu suruh duduk kat kerusi cikgu. Satu kelas pakat tengok Hana. Hana pun terkejut jugak. Selalu jugak duduk kat meja cikgu sampaikan kawan hana kata Hana murid kesayangan cikgu.

Dilabel sombong
Terasa sekeliling penuh dengan bayang-bayang manusia yang Hana tak kenal siapakan manusia itu. Datang dekat baru perasan, Eh, Siti rupanya (baru nak senyum) Kalau tak memang sepanjang kat sekolah masa tu tak senyum langsung sebab tak perasan kan orang tu siapa. Bagi orang yang tak kenal Hana, diorang kata Hana sombong.

Pinjam mata
Masa sekolah menegah Hana mula pakai cermin mata. Disebabkn Hana ni kanak-kanak rebena,cermin mata Hana selalu pecah. Sementara tengah proses buat cermin mata baru. Hana free eye je lah..
Kenapa mata Hana tak sepet? 
sepet? kenapa nak sepet pula
Kebanyakan orang pakai cermin mata, mata dia akan sepet dari kebiasaan. 
Yeke? 
Bagi aku pinjam mata jap? mata Hana bulat elok original colour lagi.
Ambik lah.. Hana pun tak nak rabun :P
Gara-gara Hana free eye, 3 4 orang booking nak pinjam mata Hana.

Cermin mata hilang
Ini memang selalu jadi. Cermin mata elok je letak kat atas meja. Disebabkan kerabunan memang tak nampak langsung cermin mata tu. Pernah terjadi, bila mak suruh Hana cari cermin mata dia. Pada masa yang sama jugak, Hana tengah cari cermin mata Hana. Erk, macam mana nak cari kalau dah tak nampak. Riuh satu rumah. hahaha Nasib ada Syifa, dia la yang tolong cari. Tapi sekarang dah boleh hafal tempat mana yang selalu Hana tinggalkan cermin mata.hehe

Dan

Orang yang rabun tanpa cermin mata akan nampak gambar ni adalah Marilyn Monroe 


kalau dia pakai cermin mata/tidak rabun akan nampak Albert Einstein

P/s : Tiada idea nak update entri, Seminggu dua ni rasa nak blogwalking ja.

Spontan ke New Zealand

$
0
0

Serius.. betul tekaan Ayie dalam entry HANA HADI Hana komen memang spontan lagi-lagi entri Pinterest DAKU AMAT : Galeri Seni Terindah. Komen jelah kan.. Keesokan harinya, Hana ke entri tersebut untuk tengok balasan komen Hana tu. Memang menjadi kebiasaan Ayie untuk balas semua komen-komen yang ditinggalkan di entri beliau.

Inilah balasan komen yang super spontan tersebut


Selang beberapa hari kemudian, Hana berada di suatu tahap ke'boring'an, blogwalking sudah, nak buat entri tiada idea. Tiba-tiba, Hana teringat komen yang Ayie kata 'bak gambar'. Nak ke tak, nak ke tak, Tak payah la..

Boring Hana berada tahap serius sudah, Hana pun tengok-tengok gambar album Hana untuk hilangkan rasa boring. Masa tu mana ada Keek untuk hilangkan boring. Last sekali tertengok gambar ni.

Apa lagi tanpa segan silu Hana pun tag la gambar ni kat Ayie guna google plus. Itu je yang terlintas di kepala Hana sewaktu Hana boring. Ikut la sama ada Ayie perasan ke tak. hehe.Rupa-rupanya dia memang sangat 'perasan'.

Lama dah berlalu,Hana pun ingat-ingat lupa.. tiba-tiba

SURPRISE

Daku Amat Menyintai Mu

Daku Amat Menyintai Mu
Kalau nak tengok lebih jelas sila klik SINI

Weeehu!!! Bukan senang Hana nak ke New Zealand sehelai sepinggang macam ni.
Terima kasih Ayie Abas a.k.a Daku Amat
kerana potret ini dimasukkan ke dalam galeri Pinterest DAKU AMAT : Galeri Seni Terindah


Silence day of Wednesday #8

Rahsia Ku Kini Milik Mu

$
0
0

Suka betul hana bila tiada idea nak buat entri tiba-tiba Ika a.k.a +waddah jannah  tanya pasal


Apa lagi, terus Hana buat entri.
Entri khas untuk Ika dan sesiapa yang nak tahu pasal makeup yang Hana guna

Sebenarnya Hana tak bermakeup pun
Alaaa itu je jawapannya
Sabar-sabar, baca bagi habis entri ni dulu ok :)

Hana cuma letak Johnson's Baby Powder kat muka. Nak tahu sebab apa? baca entri INI.


Kisahnya bermula apabila

Hana minta tolong housemate makeupkan sebab Hana ada dinner batch. First time Hana makeup ni (23 tahun). Seronok rasa. Segala jenis alat dan bahan dia yang punya. Keesokan harinya muka Hana jadi merah dan pedih berpunca dari makeup. Kejutan budaya agaknya tapi kawan Hana elok je guna makeup yang sama. Hana rasa itulah pengalaman bermakeup sekali seumur hidup. Kesian muka Hana

Produk untuk muka? Hana tak pakai apa-apa produk pun (dulu pakai sabun mandi apa tah tak ingat) Sekarang pakai pencuci muka yang doktor bagi. Tengah tercari-cari produk yang sesuai tapi kalau tak sesuai? Tak pasal-pasal muka Hana jadi mangsa kali ke 2. Di sebabkan peristiwa hitam muka Hana merah dan pedih tersebut Hana tak pakai apa-apa produk, Hana prefer guna pencuci muka yang doktor bagi. Semata-mata pencuci muka.

Hana tak makan pil-pil kecantikan yang dijual macam Felinna, Virgin Coconut Oil Catalyst dan sebagainya sebab kurang percaya walaupun banyak testimoni kata bagus. Tapi Hana teringin nak makan. Hana lebih suka makan Vitamin C yang dibeli di farmasi. Seelok-eloknya makan Vitamin C dan Vitamin E untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Tapi Hana makan Vitamin C ja. Vitamin E tak terbeli.hehe

Hana wajibkan sehari makan sebiji buah. Tak kisah buah apa pun. Kalau tiada buah, minum jus pun boleh. Paling mudah jus timun, buat sendiri ja. Wajib minum air masak untuk memberi kelembapan pada kulit. Kurangkan minuman ais sebab air berais menyebabkan kulit kering. Sepatutnya 8 gelas tapi Hana mampu minum 5 gelas sehari ikut cuaca.

Hana tak pakai BB Cream sebab tak berani, nanti jadi apa-apa kat muka. Tak dapat dinafikan Hana teringin giler nak pakai lagi-lagi yang Simplysiti.atau FCC. Tak pernah dengar lagi BB Cream ni tak elok di pakai dan tiada kesan negatif  tapi Hana tetap tak berani nak mencuba.

Amalkan pemakaian bedak sejuk. Hana pakai bedak sejuk ikut suka hati Hana ja nak pakai masa bila pun tapi tak la pakai hari-hari, Bagi kulit rehat sama. hehe

Itu saja lah pasal makeup Hana

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebenarnya kecantikan luar bermula dari dalam. Kalau luar kita pakai makeup, luar jelah cantik. Kalau tak makeup? Itu belum masuk bahan kimia yang terkandung dalam makeup (berhati-hati memilih makeup) Kalau bahan tersebut mengandungi vitamin, kat muka je lah ada vitamin. kulit-kulit di bahagian lain especially tangan macam mana. Sama ke tidak kaler muka dengan tangan?

 Kalau kita jaga kesihatan dari dalam dengan makan makanan berkhasiat secara automatik, zat-zat yang terkandung dalam makanan especially Vitamin C dan Vitamin E akan meresap ke dalam kulit, dan menjadikan keseluruhan kulit kita cantik secara semula jadi.


"biasa dia nie..." versi kucing

$
0
0

Siapa yang tak pernah tengok video Arrian anak Tomok bila kena 'marah'.. Pernah kan? fofular kot gara-gara Lisa Surihani ajuk balik "biasa dia ni..." kat Tomok di ABPBH 2013. 

Masa tu Hana blur juga. Sehari lepas tu baru lah tahu perkara sebenar. hehe

Kali ni Hana nak tunjuk video eksklusif (betul tak ejaan ni)"biasa dia nie..." versi kucing. 


"biasa dia nie...." versi kucing klik link di bawah

http://www.keek.com/HanaHadi#kgVHbab

Blur...

P/s : Korang cuba buat kat itik, ayam, hamster pula ek :P


Mak saya ada magic

$
0
0

Cuba teka iklan apa?
Teeeeett masa tamat.
Iklan Maggi le. Itu pun tak tahu. hehehe


Orang macam Hana (tak suka masak) patut beli Maggi Magic Meal. Nak masak ayam masak kicap guna plastik je. Eh sekejap, plastik yang mengandungi ayam tu harus dimasukkan ke dalam rice cooker bersama-sama beras yang kita nak masak tu. Pergh... sangat mudah, semudah a b c.

  

Cara Penyediaan
1. Potong 500g ayam tanpa kulit (kepingan kecil) dan 50g gegelung bawang
2. Masukkan ayam, gegelung bawang, 1/5 cawan air ke dalam beg masakan maggi dan campurkan perencah maggi
3. Gaul bahan-bahan tadi  agar sebati dan ikat beg masakan dengan tali yang disediakan
4. Letakkan beg masakan secara rata di atas beras dan hidupkan suis periuk nasi. Setelah masak, kekalkan butang 'warm' untuk 25 minit lagi. Pastikan tempoh masakan dan pemanasan selama 45minit
5. Keluarkan beg masakan dari periuk nasi dan potong beg tersebut. Terus dihidangkan

Hana nak bagi cadangan dengan pihak Maggi suruh diorang buat ikan sikap tiga rasa,  sambal sotong, daging masak merah dan sebagainya.. hahaha. Kalau yang duduk asrama tu boleh bawa rice cooker ja. Tak payah bawa periuk, kuali semua kan. Erk, asrama boleh bawa rice cooker ke? hehe

P/s : Korang dah cuba ke masakan majic ni? sedap tak?


Hulurkan Tangan Ringankan Blog

$
0
0


Tajuk entri Hana merapu sangat. Hana ambil tagline rancangan Bersamamu.huhuhu

Maksud sebenar disebalik tajuk entri

Hulurkan Tangan : Tinggalkan komen
Ringankan Blog : Ringan atau cepat tak ke loading blog hijau ni ?

Apa yang perlu korang buat adalah
: Terbuka kepada semua jenis wifi yang korang ada :P
: Tinggalkan komen korang bagitahu samada loading blog Hana cepat ke lambat
: Tak kisah komen kat cbox ke, komen box entri ke ataupun google+

Hana dah timbang berat blog ni, berat blog dalam 71kb. Ringan tapi ringan tu kadang-kadang tak menjamin kecepatan loading blog.Sebab blog orang lain beratus-ratus kb tapi cepat je loading blog dia. Sangat jelous.

Tolong Hana ek..komen pasal blog ni exspecialy loading blog.

Sebagai tanda terima kasih sebab korang sudi komen Hana hadiahkan ......


P/s: Ehem.. header baru...hehe


Segmen template paling cantik , kemas dan ringan 2013

$
0
0


 
Klik banner untuk join
 Buat pertama kalinya, Hana join segmen yang mempertaruhkan blog. Yeaaah......  
sebab apa Hana join...sebab blog Hana ringan dan cepat loading.. hehehe

Komen-komen daripada

 Kumbang Jingga  baby comel  nik ros  bakal jenazah  Nurrul  Nang Nor Azimah Long Nadzri  Kak Tie  kinara kinatara  Nana Liena  Aidil Omar  KY  Nadia Shafeqa  cweet pinky  my notes  Ainaa Roseberry  deno  Nick Nashram  Nuyui a.k.a miss YUI  Heru Jepon  Nurul Hidayah  Siti (zoey)  Cik Lulu  Azie Namico 

dalam entri Hulurkan Tangan Ringankan Blog, diorang kata blog hana ringan, kiranya cepat loading la kan. Terima kasih pengomen :) Dalam masa yang sama juga, ternampak pula banner segmen ni. Tak fikir apa dah. terus Hana join. hehe

Cantik dan kemas tu entah lah, biarlah pihak penganjur yang tentukan.

Jom join segmen ni
Tarikh tutup 26 April 2013


Kenali Sikap Wanita Melalui Bantal

$
0
0




 Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan

 Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

 Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata

 Meletakkan Bantal Di Bawah kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

 Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


Maksud disebalik nama

$
0
0



ISLAM
Nurul : Cahaya
Hana : Kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, jujur

JEPUN
Nurul : -
Hana : Bunga

KOREAN
Nurul : -
Hana : Satu (1)

ALBANIAN
Nurul : -
Hana : Bulan

HAWAIIAN
Nurul : -
Hana : Bekerja

Maksud nama yang sangat mendalam dan menarik. Yang bertanda '-' Hana tak pasti wujud ke tak perkataan 'Nurul' kat sana. hehe. Dari kecil sampai besar kebanyakan orang panggil Hana, Tapi ada seorang kakak tu satu-satunya dia ja yang panggil Nurul. 

Apa kata, korang semak maksud di sebalik nama korang mengikut Islam KLIK SINI


Cemburu buat orang tension

$
0
0

Hana nak bincangkan cemburu yang bersifat sosial bukan cemburu tentang pekerjaan atau kejayaan.

  • Cemburu dengan kawan rapat bila kawan rapat kita tu  rapat dengan orang lain
  • Cemburu dengan girlfriend, bila girlfriend kita cerita pasal orang lain
  • Cemburu dengan boyfriend, bila boyfriend asyik bersama dengan kawan-kawan dia je

Kalau Si A ni cerita ke'cemburu'an dia pasal perkara-perkara di atas tu kepada kawan dia, rasanya dalam hati kawan dia tu pun akan kata "itu pun nak cemburu". Ada juga kawan yang di luar nampak ok. tapi dalam dia tension . Asyik-asyik cerita ke'cemburu'an korang. benda yang sama pula tu

Kadang-kadang kalau cemburu tu sampai boyfriend/girlfriend jadi polis tak bertauliah. Soal siasat dari pagi sampai malam. 2 soalan tu ok lagi. tapi ini dah macam buat servey 10 soalan 1 muka surat.


Tak ke tension boyfriend/girlfriend dia. Nak jawap exam pun tak tension macam ni tau.

Itu baru boyfriend/girlfriend belum ada apa-apa ikatan lagi pun. Dah kena soal selidik. Lepas kahwin macam mana pula kan,  Apa-apa je lah. Kalau pasangan dia tak kisah, teruskanlah dengan soal selidik tu. Kalau boleh tambah 2 3 muka surat survey tersebut.hehe

Cemburu tanda sayang betul? kenapa nak cemburu kalau dah tahu dia tu sayang dan setia betul tak? Dia pun ada hak untuk keluar enjoy, berkongsi cerita, bergambar dengan kawan-kawan dia baik lelaki mahupun perempuan. Tiada alasan untuk cemburu di situ..

P/s: Entri pendapat semata-mata dengar khabar-khabar orang sekeliling. Hana cuma menghangatkan lagi isu ni. hehe


2nd Bombastic Giveaway by Cik Amabee

$
0
0


Ramai betul para-para sakura blogger buat GA. Kalau boleh Hana nak join semua tapi apakan daya syarat-syarat yang diletakkan agak sukar untuk Hana men'join'kan diri.huhu

Tapi tidak 2nd Bombastic Giveaway by Cik Amabee sebab syarat-syarat GA mudah ja. Semudah A B C.

Siapa yang belum join dijemput untuk men'join'kan diri anda. Sila klik banner.


Viewing all 397 articles
Browse latest View live