Quantcast
Channel: hijau itu duniaku
Viewing all 397 articles
Browse latest View live

1st Double Giveaway by AinMfna

$
0
0



Mari-mari klik banner di atas


"Comel tak Banner 1st Double Giveaway by AinMfna?"
"Comel Kak Ton...."

1st Double Giveaway ini bersempena dengan follower blog penganjur yang mencecah 1000++.

Tarikh Tamat : 29 Mei 2013 @ Cukup 100+ Penyertaan



Aissshh... WAJIB letak banner la pula. Kalau tiada banner pun tiada apa-apa bah

Malu lah nak tunjukkan banner Hana yang super duper cute lawannya .....
Di sebabkan ' super duper cute' itu lah Hana terpaksa sorokkan banner Hana tersebut dan jadi lah macam ini

Ctrl + C untuk copy



Ladang Anggur Tasik Beris @ Sik, Kedah

$
0
0

Baru-baru ni, mak Hana ada perjumpaan dengan kawan lama dia. Ok Hana tak lepas peluang untuk mendengar celoteh-celoteh mereka. Sangat meriah dengan gelak ketawa sampai Hana pun nak tergelak. Riuh sekampung lagi-lagi bila buka cerita zaman muda masa duduk di asrama dulu.

Tapi entri Hana ni pasal Ladang Anggur sebab gambar-gambar di snap kat Ladang Anggur. hehe al-maklumlah firstime datang sini.

     

Mak Hana yang di tengah bertudung purple. Masa ni pukul 11 pagi. Matahari mula nak tunjuk belang 


"Tingkatan 5 ka?"tanya mak cik ...... sambil menunjuk ke arah Hana
"Laa... ni kakak dia umur 24 tahun dah"jawab mak

Pergh... muda 7 tahun kot. Agak-agak la nak bodek jadi menantu dia pun :P (dalam hati). Kalau mak cik tu tanya Hana darjah berapa, automatik Hana belanja mak cik tu McD :)




Gambar kanan : Mak dan adik. Macam adik-beradik kan.

"Mak saya kata, kalau nak tengok rupa isteri masa tua, tengok emak dia. Lepas saya tengok emak awak tadi. senang hati saya"

Iklan Silky Girl. hehehe




Wajib ada gambar besar gedabak tuan Ladang Anggur empunya blog 

       

Kat Ladang Anggur ni kami asyik bergambar dan siap buat video lagi.. Of course Hana videographer dan adik Hana jadi pengacara


Kalau tak boleh tengok video di atas, cuba tengok video kat SINI ataupun
Klik link ni : http://www.keek.com/HanaHadi/keeks/lLBUbab

P/s: Siapa ada akaun keek jangan lupa add ok :)


Semakan Keputusan Temuduga SPP IV

$
0
0

Semakan Keputusan Temuduga SPP IV. Perkara yang sangat-sangat mendebarkan selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Selepas tamat pengajian Hana kena lalui Kursus Induksi. Kemudian Hana kena lalui Temuduga SPP IV. Nak tahu macam mana perasaan Hana masa tu. Klik link di bawah

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA SPP
TEMUDUGA SPP

Dan akhir sekali adalah Semakan Keputusan Temuduga SPP IV. Yang ini memang sangat-sangat 10 kuasa 2 mendebarkan

      

Syukur alhamdullilah, Hana lulus dalam temuduga tersebut. Kini Hana memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41 (2013). Surat perlantikan akan dikemukakan terus kepada calon.

Tahniah kepada bakal guru yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, akan ditemuduga semula pada tahun berikutnya..Semakan temuduga SPP IV boleh di buat di SINI atau klik link http://anggerik.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga.php secara berperingkat.



Segmen : LUPUS Awareness Month

$
0
0

Segmen ini diadakan olehDeno sempena LUPUS (SLE) awareness month pada bulan ini iaitu bulan Mei.

Hana mula-mula memang tak tahu menahu pun pasal SLE ni. Tapi selepas terbaca satu entri dalam blog Deno, mula lah Hana nak explore blogDeno ni. Hana ingat penyakit ni boleh hilang selepas pengambilan  ubat tapi sebenarnya penyakit ini tidak boleh sembuh dan hanya rawatan dapat mengurangkan simptom-simptom pesakit. Betul takDeno?

Untuk menyertai segmen ni sila klik banner purple di atas :)

Di bawah ni banner LUPUS Hana.  Simple je yang penting warnanya hijau. hehehe


Tag :
 Ayie " Daku Amat Mneyintai Mu" 
 Aida "Diari Si Froggie"

P/s : Dah lama buat entri ni tapi banner baru ja buat. hehe


Hukum Meletakkan Status di Laman Sosial

$
0
0


Hana tak pandai sangat bab-bab agama ni. Tapi Hana ada kesedaran sikit bila baca artikel 


dan


Rumusan daripada kedua-dua artikel tersebut

Baru Hana tahu, jika seseorang menipu status seseorang dalam laman sosial seperti 'In A Relationship With' atau sebagainya adalah haram kerana ia dikira menipu. Tetapi jika keadaan mendesak (darurat) mengancam nyawa, akal, maruah dan agama boleh diharuskan.

Pernah juga Hana letakkan status 'In A Relationship' supaya mengelakkan orang ber'kenalan' dengan Hana, tapi itu bukan kategori mengancam nyawa. Perkara meletakkan status menipu tersebut sedikit sebanyak menghilangkan sifat malu dan segan dalam diri sebagai seorang muslimah. Di mana hilangnya maruah seorang muslimah? Lepas tu baru Hana tersedar, betul juga kan.

Jika kita menjaga diri dengan baik. Insya-Allah perkara-perkara seperti ber'kenalan' tersebut susah untuk berlaku. Hal ini mudah berlaku jika sewenang-wenangnya melayan lelaki tanpa ada batas.

P/s : Kekadang perkara itu berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedar ia merupakan satu kesilapan


Gosip !!! Hana bercinta dengan suami orang ?

$
0
0

Sangat terkejut bila tengok keyword nuffnang 7hb Mei. Nampak macam biasa tapi cuba tengok yang bulatan merah tu



Kenapa orang tu search 'onitsukahana bercinta dengan suami orang'. Adeh..

Sebenarnya ada dua kemungkinan kepada orang tersebut search tajuk tu

Pertama
Hana bercinta dengan suami orang

Kedua
Orang tersebut bagitau kawan dia suruh search keyword tersebut sebab ada kena mengena dengan diorang

Hana rasa yang kedua tu lebih tepat sebab hits tersebut 3 kali. jadi mungkin juga orang tersebut suruh kawan dia (duduk jauh) baca entri tu. Lagipun orang tu taip 'onitsukahana'. Jarang orang nak taip nama panjang-panjang + susah. Kalau rakan blogger yang search mesti taip 'Hana' je takdanya 'onitsukahana'. Kira orang ni memang betul-betul nak maklumat 'bercinta dengan suami orang' siap mention 'onitsukahana' lagi tu

Yang pentingnya entri tu hanyalah rekaan semata-mata. Kalau ada yang betul, itu kebetulan ok..

Kalau korang nak baca entri 'bercinta dengan suami orang' KLIK SINI


Human Graphic sempena Hari Kemerdekaan ke 50

$
0
0

Hana dan berapa ratus pelajar IPG dari seluruh Malaysia terlibat dalam persembahan di bawah pimpinan Pak Ngah iaitu komposer dan penulis lirik terkenalCindai, Balqis, Hati Kama. Latihan seminggu sebelum tiba Hari Merdeka ke 50. Sehari suntuk dibawah cahaya matahari dan malam pula di bawah cahaya bulan :) Tidur 1 jam bermula 1 pagi kemudian bangun pukul 3 pagi. Persembahan kami bermula awal pagi (Dataran Merdeka) dan sebelum ambang merdeka/malam (Stadium Merdeka), Nak tahu Hana terlibat dengan persembahan apa? tengok video ni.

Wajib tengok sampai habis. Semangat Hana nak tunjuk kat korang di mana Hana berada.


Inilah persembahan Hana, Human Graphic (atas stage tingkat-tingkat).  Masa buat Human Graphic, kalau seorang buat silap habis rosak perkataan tu. Contohnya, kalau perkataan tu ada "lubang-lubang", Huruf "T" terputus maknanya ada orang silap angkat bendera. Kiranya tak boleh tengok orang sebelah sebab ada part orang sebelah warna lain. Human Graphic ni buat ikut petunjuk, tak hirau dah jadi perkataan apa sebab masa tengah buat perkataan tu, Hana kena prepair warna lain untuk perkataan seterusnya. bunyi wisel tukar cepat-cepat tukar step. 

Video bawah ni cantik

 
Bila tengok video baru nampak perkataan dari Human Graphic tu cantik, nampak clear perkataan "PERPADUAN" .  Masa ni 6 minit kena angkat bendera "PERPADUAN" kibarkan dan statik. Belum masuk perkataan lain lagi. Tertunggu-tunggu juga bila nak tukar perkataan sebab tak larat nak angkat bendera. Kalau tukar perkataan sempat la jatuh kan tangan dan rehat sekejap 3 saat.

Rasanya hampir seratus perkataan kami kena buat+kibar angkat jatuh bendera+tukar warna bendera+guna pom+kibar reben. Persembahan kami sentiasa bergerak dari mula majlis sampai habis majlis baik sesi pagi dan malam. Penat, lenguh tangan dan pinggang tapi best sebab kami sentiasa ada di atas stage dan tengok persembahan di tengah-tengah padang,bertentangan dengan kerabat-kerabat. hehe time angkat bendera jeling-jeling tengok persembahan asalkan perkataan tak ada yang rosak

Bestnya dapat libatkan diri dalam hari bersejarah Hari Kemerdekaan ke 50/2007


Pengaruh selebriti/artis

$
0
0

Rata-rata iklan kat televisyen mengunakan selebriti/artis untuk mempromosikan produk diorang. Lebih-lebih lagi, kalau selebriti/artis tu sedang meningkat naik. sebab apa? 

Sebab confirm-confirmlah ramai pengikut or peminat mudah terpengaruh dengan selebriti/artis tersebut dan meniru setiap apa yang diguna pakai oleh selebriti/artis tersebut. Tapi tak semua . Pengaruh selebriti/artis yang tak elok tu kita buang jauh-jauh ek.. kita ambil yang positif je..

Hana pun tak lari daripada pengaruh selebriti/artis. hehe Tapi Hana suka tengok je nak mengunakan pakai tu tak pasti lagi. Bab-bab nak men'try' ni Hana susah sikit.

Simplysiti
 http://mstar.com.my/archives/2013/3/15/mstar_hiburan/siti.jpg
teringin nak pakai product Simplysiti sebab nak cantik macam Siti Nurhaliza. hehe padahal Siti pun entah ke tidak dia pakai produk dia sendiri.

Krim Mustajab Pati Halia
 http://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2012/04/Gambar-Nora-Danish-menunaikan-Umrah-590x590.jpg
Nak beli juga lah Krim Mustajab Pati Halia sebab Nora Danish guna krim ni badan dia kecil-kecil comel je kan.. Yeke dia guna?

*Erk, suka tengok Siti Nurhaliza dan Nora Danish :) 

Nampak tak permainan dia kat situ

Korang pun mesti ada jugak lah terpengaruh dengan selebriti/artis walaupun se'coet'. Kalau tak guna pakai pun mesti korang akan berangan-angan "kalau pakai itu mesti cantik/hensem macam dia"



Kenapa 16 Mei Hari Guru ?

$
0
0


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagaiLaporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Antara objektif sambutan Hari Guru ialah: 
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 
  • Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 
  • Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. 
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya. 
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
P/s : Selamat Hari Guru kepada semua Guru di Malaysia :)


BUDAYA KERJA PROFESION KEGURUAN

$
0
0

Antara budaya kerja guru yang perlu ada pada seorang guru ialah  :-

 1. Ingin tahu 
Sifat ini mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Bukan hanya tertaluk dalam konteks pendidikan sahaja bahkan dalam bidang lain juga. Oleh itu, segala pengetahuan dalam pelbagai bidang perlu diketahui oleh seseorang yang bergelar guru.

2. Suka membaca 
Ia merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti professional seseorang guru, iaitu apabila guru suka membaca pasti akan bertambah yakin dalam menyebarkan ilmu kepada anak didik kerana sudah mempunyai pengetahuan yang meluas dan mendalam serta persediaan yang mantap.

3. Budi pekerti 
Ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.

4. Ramah mesra 
Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orang lain. Sifat ini juga akan mendorong murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu.

5. Merendah diri 
Sifat merendah diri adalah antonim daripada sifat sombong. Orang tidak akan suka bergaul dengan guru yang sombong. Oleh itu, sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru.

6. Semangat berbakti 
Seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti sentiasa disanjungi oleh orang lain.

7. Jujur 
Jujur merupakan elemen penting dalam profesion keguruan kerana ia merupakan budaya yang wajib ada bagi setiap orang yang bergelar seorang guru lebih-lebih lagi dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi sama ada di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.


Guru Oh Guru Gyiyomi

$
0
0

Entri pendek buat tatapan semua :)

Hana respect cikgu-cikgu di SK Seksyen 24. Guru serba boleh dan sangat sporting... 

Persembahan yang sangat menghiburkan, dimulakan dengan sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang kemudian ber'gyiyomi'.  Cuba bayangkan salah seorang guru tersebut adalah guru disiplin automatik murid kelip-kelip mata tak percaya cikgu disiplin ke tu.. (lawak je ok)

Nak tengok persembahan guru serba boleh ini? KLIK SINI


Selesai sudah membuat akuan sumpah

$
0
0

Selesai sudah membuat akuan sumpah iaitu satu daripada tiga eleman sebelum melapor diri untuk bertugas sebagai guru yang berjawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Hana diminta membuat Akuan Berkanun di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen / Majistret / Pesuruhjaya Sumpah dengan mengunakan Surat Akuan Sumpah.

 http://2.bp.blogspot.com/_zyPQ7lgRuF8/S9VDmVJ9krI/AAAAAAAAAkg/CiI_rCKCM70/s400/mahkamah.jpg

Kena masuk mahkamah ke?  Kena berpakaian formal ke? Mesti Hana kena berdiri dalam pagar kayu lepas tu kena kata "Segala penerangan........ adalah benar belaka...."(contoh)lepas tu hakim ketuk-ketuk kayu (nama apa tah). Kiranya semua tu bayangan awal Hana.. Rasa best pula sebab firstime masuk mahkamah. hehe

Keesokan harinya, Hana pergi la mahkamah. Terus ke kaunter isi borang kemudian pegawai tu tanya bla bla bla. Bila dah selesai, Hana pun duduk di kerusi depan kaunter tu. 10 minit lepas tu, Pegawai tu pun panggil, Pegawai tu suruh Hana angkat sumpah dan baca penyataan yang terkandung dalam Akuan Sumpah tersebut "Saya .............................."

Lor, buat akuan sumpah kat kaunter je.. huhu melepas Hana nak masuk dewan mahkamah yang pagar kayu tu.huhu. Tapi tak apa lah.. ada juga pengalaman angkat sumpah. hehe

Entri sampingan.. Baru-baru ni Hana pergi main bowling di Amanjaya Mall dengan ex-jiran Hana. Terkejut bila tengok tempat bowling macam ni.



Kalau tak dapat tengok KLIK SINI


Konvokesyen IPG kali ke 3 Tahun 2013

$
0
0



Hana akan berkampung di sana selama 5 hari mungkin lebih. Pada hari yang sama iaitu 27hb, adik Hana akan ke Matrikulasi Selangor. Jadi keluarga Hana akan berpisah pada hari Hana konvo nanti. Harap semuanya berjalan dengan lancar. 


Perkara yang patut anda tahu bila belajar di IPG

$
0
0

* Tak tahu nak buat tajuk apa

Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG

Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen (Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu, Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak subjek dalam satu sem adalah 8 subjek. Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.

Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu. Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan (UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit.   Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ

Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai (pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan..  terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam "tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.

Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar. KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)

Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG.  Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja. Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI

Hana yang duduk+tengah

Ada je kisah nakal-nakal Hana di IPG.. Biarlah rahsia :)
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik

P/s: entri konvo selepas ni ok


Harus Baca !!! Setting Komen Anda di Kotak Komen Google+

$
0
0

Jom Setting Komen anda di Kotak Komen Google+.

Ada bebarapa penguna Google+ yang tak setting komen bila meninggalkan komen di kotak komen google +. Faham tak kat situ. Contohnya :-

Hana penguna Google+. Hana komen blogger A. Blogger A ni guna kotak komen Google+ macam ini


Bila kita komen, secara automatik komen dan url blog yang dikomen tersebut akan terpapar di page google + kita. Betul kan?

Cuba bayangkan bila korang banyak komen kat kotak komen google+ ni. Ini akan menyebabkan page Google+ korang akan dipenuhi dengan link blogger yang korang komen tu. betul?

Jadi, bila Hana nak terjah blog korang bagi pengguna Google+, Hana tak tahu mana satu link blog korang, Bila Hana klik mana-mana link kadang-kadang rasa pelik, " Eh dia dah ubah wajah blog ke?" Padahal itu blog orang lain. Nampak tak kat situ?

Apa-apa pun. Kalau korang tak nak benda ni terjadi. Mari Hana ajar cara tak nak bagi link blog yang korang komen tu ada di Page Google+ korang.

Bila korang dah taip komen kat kotak komen Google +, Korang buat macam gambar di bawah ni


Dah siap
Jadi page Google+ korang tiada lah komen dan link blog yang di komen ni.

Kalau sekali sekala korang nak share komen korang tu kat page Google+ pun boleh. Tapi jangan sampai tak nampak link blog sendiri. Nanti susah orang lain nak kunjung blog korang..

P/s: Ada bebarapa blogger yang tak dapat komen blog Hana. Hana tak tahu kenapa..huhu



Holiday GiveAway By Adam Faiz

$
0
0


HAI GUYS! JOM JOIN GA OHSEM NI!!
Sebanyak28 HADIAH ditawarkan!

KLIK banner kat atas atau KLIK SINIuntukJOIN!!
SYARATNYA Yang simple! tak Perlu buat ENTRIhanya COPYPASTE coding yang disediakan!!

JOM JOIN!


Keterujaan berkonvo - Topi jatuh

$
0
0

Raptai

Pertama kali berkonvo Konvokesyen IPG kali ke 3/2013 pada 27 Mei 2013 jadi tahap ke'teruja'an Hana masa tu berada di tahap merbahaya..hahaha Terasa satu penghormatan pula bila berjalan di atas red carpet dengan iringan muzik .hehe

Masa konvo ni lah Hana baru kenal. mortar board dan hood. Segala persiapan pemakaian jubah, hood (merah) dan mortal board (topi)  ke atas Hana dilakukan oleh mak. Rupanya hood dengan jubah tu asing. Hood tu kena lipat+pinkan dan setting bagi bagi cantik.


Yang tak menahannya mortar board Hana jatuh masa Hana tengah duduk padahal dah pin 4 jarum. Ganas betul Hana ni. Nasib baik jatuh masa tu, kalau jatuh masa tengah tunduk beri hormat kat atas pentas. Apa la nasib Hana agaknya, hehe

Tunggu Master pulak lah baru nak berkonvo semula.Insyaallah kalau ada rezeki :)

Penangan entri Cik Amal - Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu

$
0
0

Gara-gara entri menarik Cik Amal yang bertajuk "Semuanya Bermula Dengan Cerita Hantu", Hana pun tergerak hati nak join adventure untuk tengok cerita Hantu tersebut. Klik SINIuntuk baca entri Cik Amal. Sampai deman Cik Amal tengok cerita hantu. Hana suka cerita hantu tu yang excited nak tengok. Lepas baca entri Cik Amal, malam tu juga Hana tengok cerita tu. Tajuk cerita tu WHITE-The Melody Of The Curse .Dalam youtube ada  5 part cerita tu. 


Mula-mula buka part pertama.. Alaa Korea ke? Hana tak minat korea-korea ni. Tapi tak apa lah. demi Cik Amal, Hana tetap nak tengok cerita tu dan nak mengenalpasti penyebab yang menyebabkan Cik Amal demam.. hehe

Part pertama, ke-2 dan ke-3 masih ok walaupun ada yang menakutkan juga. Masuk part ke 4, ciri-ciri nak ke'terbeliak'kan mata tu dah ada. Mungkin part ni kot yang menakutkan.. Takut masa diorang tengah siasat dan di sebut "behide you", Hana sampai pause 3 kali masa diorang tengah siasat sebab Hana nak tau betul-betul jawapan penyebab perkara tu berlaku .. "Owh,  macam tu kisah dia" 

Part 5 ni takut juga la, tapi dah semakin slow sikit sebab dah nak habis kan.. hehe.Korang tengok lah sendiri. Lepas tu share entri dengan Hana ok. 


Reaksi budak bila dapat kejutan Birthday

$
0
0

Korang wajib tengok video ni sampai habis. Tak pasal-pasal Hana menitiskan air mata..



Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik

$
0
0

Assalamualaikum semua!!
jom join Giveaway anjuran JAAkechik Corner!
anda berpeluang untuk menang Photo Magnet yg ohsemm.
Hadiah Utama pula adalah Dua Helai Baju T-Shirt.

giveaway 2013,

syarat-syaratnya :

1. jadik follower blog jaakechik : www.jaakechik.com
2. klik LIKE facebook penaja segmen (comey2Ku Printing) : 
3. buat entry simple bertajuk : Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik
4. letak banner giveaway (seperti diatas) ke dalam entry anda.
5. tinggalkan link entry penyertaan anda dibawah komen entry ini.

giveaway 2013

HADIAH : 2 helai Baju T-Shirt & 8 Fridge Magnet Bergambar
NOTA : pemenang diumumkan pada 27 Jun 2013 (random. org)
 Tarikh segmen : 01 - 21 Jun 2013 (only 3 weeks)


'' KLIK HERE TO JOIN ''


Viewing all 397 articles
Browse latest View live